Sunday, June 19, 2011

Cara-cara tukar tayar

Aku kan bila drive keta jauh2 esp bila aku balik kelantan dgn wafiy n adik2 aku..aku selalu risau kalau tayar keta aku pancit kat tgh2 hutan tu..sebab tu la since aku ada anak aku dah tak drive malam..dulu2 masa muda selalu la layan corner memalam balik kelantan dgn ha...hurmmmmmmmmm,ha aku rindu saat2 tu..kita selalu balik kelantan sama kan..skrg ni ko pun dah jauh n masing2 dah ada anak..

btw, kalau si fitri ada ok la...bolehla tukarkan tayar..tapi kalau takder..naya la kan..aku pernah sekali pecah tayar kat highway PLUS..itu ok lagi..just call PLUS n nanti diorg tolong gantikan tayar..tapi kalau kat jalan biasa. Susah gak kan..dah la bahaya.skrg ni bukan bleh caya sangat org2 yg berenti nak nolong kita tu...

so kat sini aku nak share cara2 tuk tukar tayar bagi aku n kengkawan yg mungkin tak tau nak tukar tayar esp time2 emergency. Kita org pompuan kena tau tukar tayar tau...sebelum ni aku buat dekk jer..tapi manala tau Allah nak menguji nnti..so baik belajar skrg sebelum terlambat..

pic from google
 1. Kalau tgh drive keta rasa gegar2..or kalau lebih teruk tayar pecah tiba2..JANGAN PANIK..pegang stereng kemas2 n drive ke bahu jalan. Matikan engine n  hidupkan Hazard Light. Jangan lupa letakkan segitiga or kon kat belakang keta tuk alert pemandu lain.

2. Keluarkan Tayar spare dan peralatan lain untuk tukar tayar. Korang jangan lupa..sentiasa check angin tayar spare.Penah jadi kat my bro..tayar pecah.nak tukar tayar tapi angin tayar spare takder.

3. Letakkan JACK kat bawah keta. Kengkawan carik bahagian keras kat keta yg biasanya bentuk lekuk 2 mcm dlm gambar..
pic from HERE
pic from HERE
4. Untuk yg ada wheel cap tu..korg bukak dulu..cungkil la dgn apa2..

5. Longgarkan skru kat tayar2 tu,,kalau ketat..pijak2 sket bg loose.

pic from HERE
6. Lepas semua dah loose...barula naikkan keta dgn JACK. naikkan sampai tayar yg pancit terangkat dari tanah.

7. Bukak semua screw..Cabut tayar yg pancit. N my hubby selalu kata.Letak tayar yg pancit tu kat bawah keta. Sebagai langkat  keselamatan sekiranya tetiba jack rosak or tertendang keluar n keta jatuh. Tak tau la tips ni betul ke tak.

8. Masukkan tayar spare.

9. Pasang balik skru2. Jangan ketatkan lagi..ketat sikit2 jer..aku dapat dari SINI, katanya Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!


10. Turunkan kereta.

11. Ketatkan semua skru tadi. Kasi pijak n henyak2 bagi ketat.

12. SImpan semua peralatan korg tadi.

13. You are ready to go. Tapi ingat Tayar spare takleh bawak laju2 tau..BAHAYA. Segerala ke kedai tayar untuk tampal or tukar tayar baru yer.
Hopefully kalaula ALLAH nak duga n menda ni terjadi kat kita..dapatla kita tukar tayar dgn jayanya yer:)

4 comments:

myza said...

TQ TQ TQ info yg sgt berguna la kak liza...I like!!!

tatabear said...

kene belajo ni.. mane la tau kan satu hari nnt Allah nak uji kita... tenkiu liza..

liza said...

sama kak rita n maiza..sharing is caring kan:)

Farah said...

tips berguna liza..thanks beb!