Sunday, April 29, 2012

bila dah bertiga

Assalamualaikum...perggghhh..lama giler tak update blog.rindu sangat kat blog ni.teringat dulu2 selalu rajin update pasal wafiy n aktiviti kitaorg tapi lately aku dh jadi malas.tak tau la...kekadang bukak gak n jenguk blog kengkawan bila rindu nak baca citer korg..


Btw,alhamdulillah hubby dah dekat 10hari balik.mama n wafiy happy sgt bila papa ada kat rumah.kejanya enjoy jer.syukur sgt dengan kegembiraan yg Allah kurniakan tiap kali kami bertiga kembali bersama stelah berbulan2 terpisah.the moment is so precious.


Sejak papa balik ni dh layan wayang 2 kali..tgk cite battleship n avengers.both movie are awesome.really enjoy ourselves.

Okla...nak tgk movie kat umah malam ni.kena suap wafiy makan dulu...take care


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 6, 2012

KameraMamaWafiy.blogspot.com

Assalamualaikum..
Pada yg belum tahu..aku ada buat satu bisnes photography.Baru jer start buat sebab aku suka sangat photography n love potrait soo much.Sesetengah org yg minat photography ni,diorg suka amik gambar micro,landscape, sport,HDR n macam2 la..tapi aku mmg suka potrait sahaja.Bagi aku melalui potrait samada pose or candid sangat menarik dan mempunyai cerita yg tersendiri. Yg paling aku suka amik gambar anak2 yg comel, ibu2 pregnant and gambar keluarga. Kalau dapat capture saat2 indah bersama keluarga tu mmg aku puas hati la. Aku masih lagi perlu belajar banyak lagi pasal bidang ni,tapi apa salahnya kalau along the way i make little money for myself yg tak keja ni kan. So no woories harga sangatla berpatutan. Meh kita tgk gambar yg pernah aku amik..Click HERE for more PICS


1. Suka sangat ibu2 yg tengah pregnant sebab masa ni ibu2 ni sangatla cantik dan ayah2 plak terpancar kebahagiaan menanti cahaya mata mereka. what is more beautiful than having a little one in ur tummy.it is so precious.




2. Aku suka sangat bila dapat capture gambar baby yg baru lahir di hospital.. sangat comel and so special because I am there to capture the early hours of their life in this world and to share the happiness with the parent.




3. Gambar anak2 yg sangat riang dan happy jer dalam dunia diorg. Walaupun penat gak la nak mengejar diorg ni tapi sangatla berbaloi bila dapat capture gambar2 comel.




4. and last but not the least,baby yg sangat comel and bam2. Sangat geram tgk diorg.


Pada yg berminat nak hired KameraMamaWafiy..bolehla lawat KMW for details or email mamawafiyshop@gmail.com. TQ

Wednesday, February 29, 2012

tak sayang blog ke

assalamualaikum semua...
aduhai lamanya aku tak update blog tersayang ni..entahla kenapa rasa takder mood sangat nak bercerita kat sini. Ada jer menda yg aku sibukkan. Tapi hari ni bernekad tuk rajin seperti dulu.Aku rindu sangat nak update blog,nak jenguk2 blog kengkawan...rindu nak baca citer2 terbaru kat kawan2 blogger..Harap2 lepas ni aku kembali seperti dulu n rajin.

Lately bisnes KameraMamaWafiy dah ada la sambutan.Alhamdulillah bolehla kumpul duit tuk beli speedlite dari hasil bisnes. Moga2 lepas ni semain maju n aku pun semakin rajin tuk belajar lagi dalam photography ni n dapat hasilkan pic2 yg menarik n kreatif. Doakan aku yer. Pada kengkawan yg berdekatan seremban n berminat nak buat family photoshoot bolehla contact KMW yer.
SMS kami KMW for details 0172993283


Tahun ni wafiy dah 4 tahun tapi aku still tak hantar dia sekolah.Kalau dikira dengan kengkawan dia yg lain yg pg sekolah wafiy agak ketinggalan la tapi entahla aku rasa nak antar dia masa dia 5 tahun. Tapi starting next week aku akan hantar dia pg belajar Qirati petang2 kat tadika yg dekat dengan umah ni.

wafiy ni sangat leka dengan mainan blok dia...macam2 imaginasi dia dari blog tu..dia boleh buat kapal,jadi katil org sakit,aeroplane,crane,jambatan,kereta,kuda n mcm2 lagi la..meh aku share imaginasi dia
kapal...yg dua org tu ialah papa n kawan papa

kuda

aeroplane

jalan jam balik kelantan.yg blok2 tu jadi pokok

 Btw,hero kami dah 3 bulan lebih belayar.We miss him so much.Wafiy pun dah selalu tanya bila papa balik.Alhamdulillah sejak papa belayar dengan company baru ni,papa jalan dekat2 jer.Dapatla kami selalu berbual di telefon n mengadu kalau ada masalah apa2.Harap2 bulan ni kapal ad amasuk melaka so dapatla kami date dengan yg tersayang cam aritu.


ini kat masjid selat,Melaka masa jumpa papa bulan 1 aritu.
Hurmmm okla nak solat isyak dulu.Nanti kita story2 lagi yer..

Monday, December 19, 2011

kencing malam

Assalamualaikum..
lamanya tak update blog...arini mama bangun dengan bau hancing org yg tido sekatil dengan mama..saper lagi kalau bukan hero kecik tu..aduhai sayang..dah 2 kali jadi camni..rasanya sebab dia banyak sangat minum air..semalam sebelum tido dah kencing..dalam kul 2am dia kejut nak kencing lagi..tapi terkencing gak..lagipun semalam sejuk sket..sian anak mama..tapi kali ni dah tak kena marah dengan mama mcm kali pertama dia kencing aritu sbb mama dah cukup tido n tak penat cam aritu...so kena basuh cadar n comforter lagi la..

wafiy ni kalau time papa dia ada,dia akan tido dalam katil dia yg cot convertable tu..tapi kalau papa takder wafiy temanla mama tido.Dah banyak kali wafiy request katil baru.Agaknya katil wafiy yg cot tu dah tak selesa dia tido.Maklumla dah besar..wafiy nak katil bentuk keta tu..papa rasanya dah bg green lite tuk beli aritu.Nanti bila papa balik bolehla kita pg beli yer sayang.
 Car Shaped Kids Bed









okla...banyak keja rumah menanti...happy monday everyone..

Friday, December 9, 2011

Dari dapur mamawafiy- ikan kembung asam rebus

Assalamualaikum...
selamat pagi semua...arini bangun pagi2  sebab nak pg City Park kat seremban 2 tuk amik photoshoot wafiy dengan achik ira dia sambil2 jejalan tuk mengeluarkan peluh.

sebenarnya nak share resepi ikam kembung asam rebus yg aku masak semalam.Manala tau ada kengkawan yg tak tau nak masak apa arini..selera betul bila makan dengan nasi panas.Ada masam,ada pedas...

Bahan2
5 Ikan kembung
1 ulas Bawang Putih - dihiris
4 biji Bawang Merah-potong dadu
1 labu bawang besar - dihiris nipis
Tomato-berapa biji yg anda suka
Daun kesum
Cili besar
Cili Api
Belacan dibakar
Air asam Jawa - secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara:
1.Rebus ikan
2. Masukkan semua bahan2 tadi
3. Tunggu sampai masak
4. Hidangkan

Selamat Mencuba.