Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Bila tgk muka anak2..rasa tenang jer

Bila tengok muka anak yg sangatla naif dan belum mengerti apa2..mama sangatla rasa tenang. Sebolehnya mama nak lindungi wafiy dari semua masalah kat dunia ni..Namun dengan masa,anak pastinya akan meningkat dewasa n akan mulakan hidupnya sendiri..

Bila mama fikir camtu,mama mesti sedih..bila wafiy bgtau mama yg dia sayangkan mama..mama mesti kata wafiy mesti sayang mama sampai bila2 tau..Skrg ni semua nak dengan mama..tido dengan mama..makan dengan mama..walaupun kekadang mama rasa rimas tapi mama rasa bahagia..Selagi wafiy memerlukan mama..mama tetap disisi wafiy sampai bila2...

Mode: sedih tetiba....

Jom tengok wajah anak2 comel yg sangat naif dan bahagia dalam hidup mereka. For more Pics..Click KameraMamaWafiy

Wednesday, December 7, 2011

Photography

Assalamualaikum...
Aku ni baru lagi ada kamera DSLR..dari dulu mmg minat dengan photography and alhamdulillah TQ to my hubby yg sudi hadiahkan D90 pada aku last Mac..Hasrat aku tuk explore more in photography tercapai sudah..Niat di hati moga nanti dapatla buat Side income dalam bidang ni..Amin

Last sunday aku attend satu photography workshop dengan Photographer ZUBYE Eyes Of Grace Photography.Memang bestla pg workshop tu sebab aku dapat belajar cara2 exposure technique yg bagus for kids n family photography. Zubye and encik zul her hubby pun banyak share tips yg dia amalkan masa buat keja dia. Insyaallah kalau ada rezeki akan attend lagi workshop by zubye.

Pada yg berminat tuk attend workshop zubye tuk tahun 2012,boleh tgk kat SINI for updates of her class or search her at FB Eyes of Grace Photography.

Semalam dapatpla praktiskan apa yg dipelajari masa workshop masa shoot these 4 adorable boys..

For more pic..Click KameraMamaWafiy

Friday, November 25, 2011

bila si mama nak anaknya jadi cam dia..


dulu masa aku kecik2..aku selalu kejar2 dragonfly n tangkap masuk plastik..org kelate panggil tuyyut. Tapi kesian kalau dah tangkap n terpegang sayap dia,mesti dia dah tak boleh terbang n end up mati..masa aku share gambar ni kat FB tadi ada sorg kawan Nida tgk n kata dia pun sama suka tangkap tuyyut ni..lepas tu kalau mati,dia akan tanam..tabur bunga n baca doa...hehehehe...sebijik sama macam aku..betapa bebasnya kita masa kecik dulu terutama yg duduk kat kg..macam2 aktiviti buat..kalau aku..panjat pokok,sembunyi dalam parit,mandi sungai n macam2 la..bila dikenangkan seronok rasanya.

Tapi anak2 kita skrg tak boleh nak bebas cam dulu..sebab keadaan skrg yg terlalu bahaya. Kalau wafiy sepanjang masa duk main dalam rumah..kalau nak main kat laman mesti aku temankan sebabnya rumah kitaorg ni depan jalan besar yg ramai org lalu lalang..risau sangat..sesekali bila wafiy balik kg umah moyang dia belah papa..aku bg dia bebas berlari keliling rumah..seronok sangat tgk wafiy enjoy main kat laman luas sambil duk kejar kucing and ayam..kg aku kat kelantan takder laman sangat..tapi bila wafiy balik kelantan dapat plak dia tgk sungai kelantan yg besar..i want him to explore life as i once did..nak bg bebas cam mama dulu susahla kan but i will try to expose him the beauty of life so he can learn more by his environment.Insyaallah.

Thursday, November 10, 2011

My love


“We fell in love, despite our differences, and once we did, something rare and beautiful was created. For me, love like that has only happened once, and that's why every minute we spent together has been seared in my memory. I'll never forget a single moment of it.”


Nicholas Sparks, The Notebook



Thursday, October 27, 2011

Aku dah lama perhatikan burung2 ni kat depan rumah aku.Niat hati nak capture time diorg duk melepak kat pokok botak daun ni dah lama tapi sebab skrg ni memanjang hujan jer.Jadi malas la aku nak menembak kat luar. Alhamdulillah tadi tak hujan n sambil aku siram pokok,terdetik rasa nak capture gambar burung2 tu.

Hopefully lepas ni dapat capture gambar diorg terbang ramai2 time senja tuk balik sarang memasing..
btw,aku tgh happy ni..suami tersayang insyaallah akan balik hari ahad ni..weeeeee...walaupun baru sebulan terpisah tapi hati dah berdebar gak nak jumpa dia..rindu sangat.Jadi kenala mencantikkan bilik and fikir menu apa nak masak tuk menyambut ketibaan tersayang.:)

Oklaa...esok dah jumaat..mesti weekand korang penuh dengan aktivitikan..aku sabtu ni plan nak pg birthday anak kawan kat klang.Moga perjalanan kami selamat. rindu nak jumpa kengkawan lama.take care all.

Tuesday, October 25, 2011

Untuk pemakanan yg lebih sihat

sejak sedar yg diri ni ada penyakit..so takleh la kena depend dengan ubat jer kan..kenala usaha jaga makan n exercise..takut bila sakit.Saper la nak jaga papa n wafiy kalau mama sakit..
kebanyakkan barang2 tuk memasak kat dapur aku dah tukar to more healthy food. Sejak adik ipar ada plak kat umah ni,jadi makin bersemangat la sebab ada geng. Petang ni un nak attend our 2nd aerobik session. Hopefully badan makin sihat.


arini lunch makan ni..jap lagi nak goreng ayam tuk wafiy sebab ikan tu mama masak pedas sangat.
first time masak ikan asam rebus.teringin nak makan dari semalam.ini favourite meal masa bulan ramadhan.

sayur buncis
okla...nak kemas umah plak..daa

Friday, October 14, 2011

peel artis

pagi tadi terdengar news kat HOTFM..adalah bgtau yg si whitney houston ni buat kecoh atas flight sebab tak nak pakai seat belt..Masa tu dia tak under pengaruh dadah or alchohol,ko apa hal nak mengamuk tak nak pakai..dah tau itu untuk keselamatan ko gak..aku ni takderla peminat giler kat dia..n bukannya kisah sangat pasal artis ni tapi bila aku dengar td..aku rasa nak sekeh kepala dia..geram sebab kebodohan melampau..berlagak DIVA la tu..hehee..teremo plak..okla banyak keja umah harini yg kena disetelkan segera.

Selamat hari Jumaat semua.

Monday, October 3, 2011

Panik


Aku tiap hari kena makan ubat darah tinggi n kholestrol satu bijik tiap satu sehari..dua2 aku makan malam.Dulu aku makan ubat hypertension pagi n kholestrol malam tapi aku ni selalu terlupa kalau nak makan pg..jd aku set masa satu masa maghrib n satu lagi sebelum tido.jadi semalam aku makan ubat hypertension masa maghrib satu n sebelum tido aku makan ubat lagi satu..sekali bila dah nak terlelap,aku terfikir balik..aku tersilap makan ubat la...aku pg makan ubat darah tinggi lagi sekali. AKu boleh perasan tu sebab rasa dia lain.Kalau kholestrol tu dia ada rasa pahit sket..aduhai,kalau terlebih makan ubat darah tinggi camner ekkk???

AKu dah cuak ,takut aku terhypotension plak..terusla call adik ipar. Nasib baikla ada sorg doktor dalam family, adik ipar just suruh tido jer n kalau aku punya BP turun sangat...terusla pg hospital.Mak aii bila dengar,mestila panik kan...dah aku takleh tido sebab duk berdebar..lama2 bila dah tarik nafas n cuba fikir yg indah2 jer..aku berjaya la tido. And alhamdulillah i wake up in the morning with a good BP and no headache. Moga arini aku ok jer sebab lepas ni kena antar adik aku masuk belajar kat adtec melaka. Have a nice day everyone.

Wednesday, September 28, 2011

Tanam Kantan

Penat n sakitnya tangan n badan...tadi sibuk berkebun tanam pokok kantan kat laman rumah. Nasib baik ada adik aku ira tolong cangkul2 tanah.Terima kasih kak Shidah and hubby sudi bagi pokoknya untuk ditanam.. MUla2 dulu tak terfikir pun nak tanam pokok kantan sekali masa pergi jejalan umah kak shidah, terperasan bunga2 kantan kak shidah yg segar2 kat pokok..jelesnya..dahla bunga kantan sekarang ni mahal..cuba tgk berapa harganya sebatang yg aku beli kat giant tuk masak kuah laksa aritu..

RM1.69 ok tuk sebatang..huhuhu...aku suka makan bunga kantan ni..buat ulam pun best.Harapnya nanti kantan ku akan membuahkan hasil mcm pic kat bawah ni.Amin
pic form HERE.
Pokok yg aku tanam tak snap plak td.
Okla nak mandi n layan hell kitchen n america next tops model..daa

mama wafiy sakit rindu

RIndu sangat kat papawafiy sampai rasa susah nak bernafas..huhu


Ruffedge - Bila Rindu Lyrics

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata


Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.


Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua


*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

*ulang Korus


Saturday, September 24, 2011

DI kala dia pergi mencari rezeki

Walau berapa banyak kali pun kami terpisah untuk hubby mencari rezeki dia laut..tiap perpisahan rasa perit sangat..tak ada istilah alah bisa tegal biasa..rasa peritnya tetap sama.Hari ni hubby telah ke laut lagi..Wafiy dari malam tadi duk pujuk papa jangan pergi work..sebak hati mama bila dengar keluhuran hati seorang anak yg masih mahu papa berada dirumah..Namun aku sembunyikan rasa sedih dengan sibukkan diri dengan mengemas barang2 hubby..perbualan papa dengan wafiy buat mama rasa pilu sangat2.

papa: Fiy,papa nak pergi work esok
wafiy: Tak yah la papa...duk rumah la
papa: pa nak carik duit tuk bawak fiy jejalan.
wafiy: tak yah la kita jalan.duk umah jer.
my two sweetheart
Pagi tadi pun wafiy usaha lagi pujuk papa sebelum kitaorg gerak ke KLIA tapi once dah sampai KLIA..wafiy pun dah mula redha n siap bye2 kat papa.Wafiy kuat..wafiy tahu papa pergi carik rezeki..alih2 mama yg nangis bercucuran air mata bila tgk wafiy lambai2 kat papa yg makin jauh.Kenapa mama tak kuat macam wafiy??

wafiy yg senyum ceria

sekejap2 dapat tgk riak muka wafiy yg sedih.Bila dia rasa mama ngan papa tak tengok dia
Saat dah balik rumah ni..bila tgk pulak baju2 n barang2 hubby yg ada..makin sebak aku rasa. Ya Allah kuatkan lah hatiku mneghadapi perpisahan ini. Lindungilah suamiku walau dimana saja dia berada.Permudahkanlah Urusannya disana. Amin.

p/s: dear hubby, i miss u already..rumah rasa sunyi jer..huhuh..take care.We love u soo much.

Tuesday, September 20, 2011

sakit perut

Aduhai...bahana makan cili api semalam...dari malam tadi aku sengsara sakit perut..memulas2 tapi tak leh membuang..aduhai..rasa macam contraction dah ni..rasa nak nangis..huhuhu..nak makan semua rasa tak selera sebab rasa nak termuntah..

Start petang plak..badan dah mula panas n aku demam pulak...huhuhu..alhamdulillah pada saat buat entry ni..perut dah makin ok n demam pun dah kebah..okla..need to rest...nite semua..

*moga esok semua sakit2 ni hilang..amin

Monday, September 19, 2011

Sibuk beraya

Seronok betul beraya tahun ni..sana2 sini open house..esp sebab hubby ada sama..memang seronokla kitaorg cuma aku ni makan pun berjaga2 gakla..kalau pg umah org..makannya tak banyak mana tapi gosip yg terlebih banyak..hehe

Alhamdulillah kengkawan yg datang rumah pun ramai..aku yg tak berapa pandai masak ni cecuba gakla masak macam2..tapi kalau rendang memang tak masakla..aku mmg fail n malas nak belajar..Mungkin satu hari nanti terbukak hati aku nak masak rendang...insyaallah.

setakat ni aku dah masak kuew tiow goreng,laksa penang,nasi ayam n mee sup..huhuhu..semua simple2 jer..tapi gambar takder yer sebab tukang masak dah penat masak n malas nak snap pic..;)

hurmm okla..hari ni banyak keja rumah nak setelkan..baju pun dah menimbun tu..maklumla weekand jejalan jer kejanya..Happy Monday everyone..

Sunday, September 11, 2011

They look so adorable..

Sekarang ni tgh blaja2 amik pic budak2 kecik yg sangat comel..geram sangat tgk diorg ni..tgkla pic2 ni..they look so adorable..




Mencabarla nak amik pic budak2 ek..dahla photographer ni bulat..kena duk dalam macam2 gaya..barula boleh dapat pic yg cantik..but once dapat hasil yg baik..mmg rasa puas hati..tq pada masz,tisya n ha for letting me capture gambar anak2 korg yg adorable ni..

Friday, September 9, 2011

Cave of the golden rose

Korg ingat tak citer tu???dulu2 aku rasa ramai betul yg suka..seingat aku dulu TV2 yg main citer ni..aku dapat tgk siri yg last jer..yg lain semua tak sempat sebab mak aku ni mana bg tgk citer lewat malam sangat..btw,aku rasa kalau sebut character cam TARABAS tu mesti ramai yg tangkap cintan termasuk la aku..masa tu mmg suka giler la kat tarabas ni sampai berangan nak pakwe ala2 ensem n ganaz cam tarabas..hahaha.

Btw,semalam terbaca status my friend dira kat FB kata TV9 akan tayangkan balik citer ni every sunday kul 9 malam..pada yg rindu citer ni..bolehla tunggu tayangan kat TV9 yer..tadi aku terdengar gak iklan ni kat radio..ahad ni nak tengokla..cuma aku agak risau..a few years back masa aku tgk citer ni..aku budak2 lagi n masa tu teknologi perfileman takder la sehebat skrg..mungkinkah bila aku tgk lagi sekali skrg aku akan mula fikir citer tu tak best?????will it spoil the good memories i have about that series???hurm..apa pendpat korg??rasanya kengkawan yg sebaya aku mostly tahu citer tu including my hubby..hubby kalau sebut fantaghiro..terus kata ingat citer tu..hehehe...semua akan ingat balik citer tu n cakap kehenseman tarabas and Romaldo n kecantikkan fantaghiro..mungkinkah bila aku tgk lagi sekali aku akan realize tak hensem pun tarabas tu..huhu...kita tgk dan lihat jer la.

tadi jumpa doktor n check BP..alhamdulillah semuanya ok..arini ada 2 rumah nak pg tuk beraya..hubby demam2 pun semangat nak raya..hehe..ok..selamat hari jumaat kengkawan semua..happy weekand.

demam

Msa mula2 balik dari kelantan mama yg demam..tapi kejap je ok..maybe sebab penat sangat...tetiba start dari petang semalam..encik fitri plak yg demam..ini mesti sebab penat beraya and bila dah balik umah pun dia tak tido malam..duk layan sport memalam buta..terus demam..yg paling kuat wafiyla..alhamdulillah dia tak jangkit demam n selsema papa n mama..mama doa janganla wafiy jangkit..papa demam mama tak senang nak tido malam..inikan plak wafiy..okla..arini ada appointment doc pasal sakit hypertension mama..daaa

moga wafiy membesar sihat dan kuat



Thursday, August 25, 2011

Won Bin dalam mimpi aku

semalam tetiba aku mimpi kan mamat ni sedangkan dah lama aku tak fikir pasal dia..lama la tak terlintas pasal mamat ni sebab aku pun bukan minat sangat citer2 korea ni..alih2 semalam aku mimpi aku kawan dgn dia n kitaorg duk kat japan masa tu n time tu tsunami..giler ngeri..disebabkan mimpikan mamat ni kesian kat "won Bin" aku tak sahur sebab aku terlajak tidur...hehehehehe..ampun yer abang..btw, pada korg yg tak kenal dia..ni gambar dia..


Aku mula kenal won bin ni masa dia berlakon satu citer kolabrasi jepun n korea..friends..korg pernah tgk tak??yg citer diorg kenal masa pg vacation...memang best la citer tu..won bin berlakon dengan kyoko fukada..tetiba rindu nak tgk citer tu..aku ni dah lama tak layan citer2 korea.dulu masa kat UKM selalu tiap2 ptg tgk citer kat TV3 tu..sejak TV3 tayang citer melayu jer..langsung lupa dah citer 2 korea ni..

banyak keja aku arini sebelum mula balik umah mentua tuk raya tapi nak gak la search citer friends ni kat youtube  jap..hehehehe..pada kengkawan yg dah mula balik ke kampung hari ni dan seterusnya..saya doakan perjalanan kengkawan selamat. amin.

Sunday, August 21, 2011

anggap ini satu pendorong

Ingat tak dulu aku pernah buat satu photoshoot for a friend eqa yg tengah pregnant masa tu.boleh baca sini..skrg ni mode tengah belajar lagi pasal photography ni..jadi eqa dan suami asrul sanggup jadi model experiment aku..

si daddy tak sabar tunggu baby keluar
 then rupanya eqa ada join satu contest dalam majalan pa&ma..sekali rezeki anak eqa..menang plak no 1. tahniah pada eqa n aku plak seronok sebab gambar yg dishoot menang kan..so bg aku apa yg aku capture, the sweet moments n feeling dapat disampaikan dalam pic tu. Alhamdulillah. Mungkin ini dapat mendorong aku untuk belajar lebih lagi pasal photography ni and produce more beatiful pics. Insyaallah.

pic credit to kak zurena
 btw baby eqa namanya aliff.Skrg ni dah sebulan lebih umurnya n sangatla semangat sampai geram sangat mamawafiy pegang dia...geram sama pipi tenbam itu..
okla..hari ni menyambung keja mengemas yg semalam tinggal separuh jalan..maklumla nak raya kan...:))

Thursday, July 21, 2011

macam mama wafiy la

wafiy suka sangat tengok timmy time..pagi2 itulah keja dia...mama mula2 tak layan tapi dah kalau wafiy duk tengok jer mama pun terlayan la sekali..timmy ni naughty n byk kerenah..kekadang suka gak tengok keletah timmy...

tiap kali abis citer dia akan tunjuk la yg mak timmy amik timmy dari school..nanti wafiy akan kata...

"mama timmy cam mama fiy la"

uiksssss....apa maksud wafiy...adakah mama sama mcm mama timmy yg peluk n sayang timmy or sebab mama sama BULAT cam mama timmy....huwaaaaaaaaaaaaaaa..cuba tgk mama timmy kat pic bawah ni..apa pendapat kengkawan maksud wafiy tu???



*pic from google

Wednesday, July 20, 2011

kurma bagus untuk kanak2..

wafiy ni dari kecik suka makan kurma..tapi kat rumah aku skrg ni takder kurma...aritu wafiy makan kat umah nenek dia n lately kan banyak iklan kurma kat TV..wafiy tertengok la iklan yusuf taiyub tu..terus dia ingatkan mama tuk beli kurma.mama kata nanti beli kat giant...sekali mama lupa laaa...

tadi pg kedai runcit..tengah2 mama pilih sayur tetiba wafiy dtg tersengih n tarik tangan mama..dia duk kata..."sini ada la mama"..mama pelik la..apa yg ada...dengan excited wafiy tunjukkan kurma kat rak..lorrrrrr.....terus la mama beli...hehehehee...balik rumah terus dia makan...hehehe
tgkla muka dia tu...suka betul

muka nikmat makan kurma.
kurma ni banyak khasiatnya antaranya ianya baik untuk kanak2 kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran dan membentuk minda kanak2 yg sihat...di samping itu, selain untuk anak,kurma tersangat la bagus untuk kita juga. for more info berkenaan kurma...click SINI yer..

so,sudahkah anda membeli kurma???:)