Friday, March 25, 2011

Ayam Black Pepper

Semalam makan kat rumah kak zurin.Best plak ayam black pepper yg dia masak.Sesuai untuk kita dan anak2 makan.Simple jer..Nak tau resepinya..

Bahan2 
Ayam atau daging
Black pepper(nak pedas,guna laa banyak)
madu
kicap pekat
sos tiram
Bawang putih
Bawang merah

Cara2
Perapkan ayam bersama black pepper,kicap pekat,sos tiram dan madu selama setengah jam atau lebih.kalau dah tak sempat.sekejap pun takper.kita yg masak.ikut suka laa..hehe

Tumis bawang putih.Masukkan ayam yg diperap tadi.Goreng2.letak air sket tuk kuah.Kalau nak lagi hitam,tambah kicap sket.Then letak bawang merah.goreng lagi sampai anda rasa dah masak.

Hidang.
p/s:nak lagi sedap boleh letak kentang(yg digoreng dulu),capsicum merah&hijau. Nakrasa lemak sket letak susu cair sket yer.

No comments: